17 Ogos 2024 | Penaga
Pada 17 Ogos 2024, PERDA telah mengadakan Program PERDA Perkasa Komuniti dan Sambutan Kemerdekaan Yang Ke-67 bersama penduduk Taman Kuala Muda, Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Objektif Program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan komuniti setempat melalui program-program anjuran PERDA.
Selain itu, ianya dapat menyemarak semangat kemerdekaan di kalangan komuniti setempat serta menjalinkan hubungan baik dan kerjasama bagi projek-projek perumahan yang dilaksanakan oleh PERDA.
Program ini telah dimeriahkan dengan kehadiran 113 orang penduduk dengan acara-acara menarik yang telah dirancang.
Program ini telah di rasmikan oleh YB Dato’ Seri Reezal Merican Bin Naina Merican Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam, Ucapan PERDA dari Encik Mohd Afhainizam bin Mahamad Yusop, Pengurus Hartanah dan Teknikal PERDA dan ucapan aluan dari Pengerusi JPKKP Taman Kuala Muda Encik Ahmad Nazrul bin Ismail.
GALERI GAMBAR