11 - 13 Jun 2024 | Hotel Seri Malaysia Ipoh, Perak
Kursus AI Mastermind telah dilaksanakan pada 11 – 13 Jun 2024 bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh, Perak. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Anuar Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA.
Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan dan pemanahan kepada konsep dan prinsip asas ai untuk kegunaan pelbagai aspek dalam perniagaan dan mendedahkan kepada peserta tentang penggunaan alat dan teknologi ai melalui perisian-perisian dan aplikasi terkini yang membantu memudahkan pengurusan dalam perniagaan.
Selain itu, ia juga bertujuan bagi membantu peserta memasarkan produk menggunakan teknologi ai dengan ciri-ciri dan daya tarikan tersendiri mengikut perkembangan terkini dan memberikan penafsiran mudah kepada peserta melalui kemahiran analitikal dalam menghasilkan kandungan perniagaan yang seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
#perda #merealisasikanharapanrakyat #mediaperda #KKDW #luarbandarsejahtera #programperda #perdabantu #usahawanperda #AI #promotion
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Zahid Hamidi
Rubiah Wang
Mohd Asri Baharum
Shaik Hussein Mydin
Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH)