7 Disember 2024 | Sungai Bakap
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) melalui Seksyen Pemasaran, Bahagian Hartanah dan Teknikal telah mengadakan sesi pendaftaran dan semakan kelayakan pinjaman perumahan bagi Projek Taman Sungai Bakap Perdana Fasa 2 dan Fasa 3.
Sesi ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai projek perumahan yang dirancang serta menyediakan peluang kepada bakal pembeli untuk mendaftar minat terhadap unit rumah yang akan dibangunkan. Sebanyak 52 unit rumah Fasa 2 dan 53 unit rumah Fasa 3 dirancang untuk dibangunkan di kawasan ini.
PERDA menjemput beberapa institusi perbankan untuk hadir bagi membantu bakal pembeli menyemak kelayakan awal pinjaman perumahan mereka. Pendaftaran ini tidak menjamin tawaran pembelian, dan proses jualan hanya akan dilakukan selepas kelulusan rasmi.
Orang ramai yang hadir dalam sesi ini adalah mereka yang telah menunjukkan minat awal semasa program PERDA Santuni Komuniti Madani sebelum ini.
Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA, Tuan Haji Anuar bin Shahab, turut hadir bagi meninjau sesi ini dan berinteraksi bersama peserta yang hadir.
GALERI GAMBAR