23 - 25 Ogos 2024 | Kuala Lumpur
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Kursus Asas Perniagaan Dan Pemasaran Digital Belia pada 23 hingga 25 Ogos 2024 bertempat di Kuala Lumpur. Pelaksanaan program kali ini telah dijayakan dengan penglibatan para belia khususnya dalam negeri Pulau Pinang.
Program ini memfokuskan kepada belia yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan agar dapat menguruskan perniagaan dengan lebih tersusun dan teratur di samping memastikan perniagaan yang akan dilaksana menjadi sebuah perniagaan yang kompeten dan berdaya saing dalam pasaran pada masa akan datang.
Program ini juga dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang struktur perniagaan, peraturan perniagaan, kepentingan pengurusan kewangan dan business model canvas yang jelas.
Selain itu, kemahiran pemasaran digital yang di peroleh dalam program ini akan membantu peserta memajukan perniagaan mereka melalui media sosial dan meningkatkan pemasaran produk atau perkhidmatan mereka dengan lebih efektif dan berkesan.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Anuar bin Haji Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), PERDA dan turut dihadiri oleh Cik Massuria binti Mat Husin, Pengurus Pembangunan Insan, PERDA. Seramai 41 orang peserta dalam kalangan para belia telah mengikuti program ini.
GALERI GAMBAR