14 - 17 Oktober 2024 | Vouk Hotel, Pulau Pinang
Bengkel ini diadakan adalah untuk memurnikan struktur kursus dan perbincangan pengisian T4 bagi program baharu iaitu Diploma Teknologi Fesyen Kreatif di PERDA-TECH.
Dua orang Panel Akademik yang dilantik adalah YBhg. Dr. Zainudin bin Md Nor dari Fashion Department, College of Creative Arts (UiTM Sri Iskandar) dan YBhg. Dr. Asliza binti Aris dari Design Study (Fashion), College of Creative Arts (UiTM Shah Alam) serta seorang Panel Industri En. Hasfitri bin Mohd Yusof dari Hasfitri KL Creations turut dijemput bersama-sama dalam menjayakan bengkel ini.
Semoga dengan segala idea dan tunjuk ajar yang dikongsikan dapat menjayakan program baharu ini di masa hadapan.
GALERI GAMBAR