9 Mei 2024 | PERDA-TECH
Program Pemantapan Integrasi Mentor Mentee Bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Guru Tahun 2024 telah diadakan pada 9 Mei 2024 bertempat di PERDA-TECH.
Program Pemantapan Integrasi Mentor Mentee Bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Guru Tahun 2024 telah diadakan pada 9 Mei 2024 bertempat di PERDA-TECH.
Program ini telah dianjurkan oleh Sekretariat Aktiviti Pelajar di bawah Program Pembangunan Insan dan melibatkan seramai 656 orang yang terdiri daripada warga pendidik, kakitangan pentadbiran dan para pelajar.
Objektif utama program adalah :-
- Mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis antara mentor dan mentee serta mempertingkatkan lagi kemahiran komunikasi sosial, kreativiti dan ketangkasan melalui aktiviti berkumpulan
- Memberi penghargaan dan meraikan warga pendidik dan kakitangan PERDA-TECH sempena Sambutan Hari Guru
- Meraikan Aidilfitri yang istimewa bersama warga kerja dan para pelajar bagi mewujudkan suasana harmoni dan ceria
- Menjalinkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga pendidik, kakitangan serta semua pelajar dalam menjadikan PERDA-TECH sebagai sebuah institusi pengajian teknikal terunggul yang berteraskan kemahiran.
Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan, antaranya ialah :-
- Kuiz Hari Raya & Hari Guru
- Mencipta Wau
- Mewarna Batik
- Boling Kampung
- Timbang Bulu Ayam
- Menganyam Ketupat
GALERI GAMBAR