28 November 2024 | Bertam Resort, Kepala Batas
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah melaksanakan Program Himpunan Keusahawanan PERDA 2024 (HIKE PERDA) pada 28 November 2024 bertempat di Bertam Resort, Kepala Batas.
HIKE PERDA 2024 menghimpunkan 300 peserta yang terdiri daripada para usahawan Bumiputera Pulau Pinang serta agensi-agensi kerajaan dan swasta bertujuan untuk mendapatkan database usahawan dan input-input terkini berkaitan perkembangan perniagaan yang sedang diusahakan, mewujudkan jaringan kerjasama berterusan di antara agensi dan usahawan serta salah satu bentuk penghargaan kepada usahawan yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program-program keusahawanan PERDA sepanjang tahun 2024.
HIKE PERDA 2024 telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA yang turut melancarkan program baharu tahun 2025 iaitu PERDA Tik Tok Star (PTS). Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA dan wakil Jabatan dari pelbagai agensi.
.jpg)
Program Himpunan Keusahawanan PERDA 2024 (HIKE PERDA)
- Hits: 681
GALERI GAMBAR