Perbincangan Program 1 Pemimpin 1 Kampung (Santuni Madani)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
23 September 2024    l   Putrajaya

Sesi perbincangan mengenai Program 1 Pemimpin 1 Kampung (Santuni Madani) melibatkan kampung angkat KSU KKDW, YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar di Hotel Marriot, Putrajaya.

Program ini merupakan program di bawah seliaan ICU JPM dan telah direalisasikan berdasarkan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia untuk melaksanakan setiap pemimpin dikehendaki menjaga sebuah kampung.

Selain itu, program ini adalah bagi memperkayakan sikap cakna pemimpin untuk menyantuni dan menjadi suri teladan kepada kampung angkat selain meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui libat urus pemimpin bersama penduduk dengan prinsip Localized Sustainable Development Goals (SDG).

Perbincangan turut dihadiri oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri Baharum dan Pegawai Khas KSU, YBrs. Puan Afifah Sahib.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.