23 Mac 2024 | Bukit Mertajam
Program ini adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat kerja muafakat dan muhibbah di antara PERDA dengan semua anak kariah Masjid Cherok Tok Kun Bawah disamping menjadi wadah penghubung pertemuan yang sekaligus merapatkan ukhwah fillah dan silaturahim.
Dalam majlis ini, seramai 50 orang yang terdiri daripada asnaf dan anak yatim telah menerima bantuan RM 100 setiap orang dan PERDA turut menyumbang RM 1,000.00 kepada pihak Masjid Cherok Tok Kun Bawah.
Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA dan turut hadir bersama adalah Tuan Haji Anuar Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, Cik Massuria Hussin, Pengurus Pembangunan Insan PERDA serta 20 orang Skuad PERDA bagi membantu aktiviti memasak juadah berbuka secara gotong- royong bersama anak kariah dan AJK Masjid Cherok Tok Kun Bawah.
Semoga majlis dan aktiviti ini mendapat redha Allah S.W.T dan hubungan silaturahim kekal hingga ke akhir hayat.
GALERI GAMBAR