30 Mac 2024 | Balik Pulau, Pulau Pinang
Program ini adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat kerja muafakat dan muhibbah di antara PERDA dengan semua anak kariah Kariah Masjid Ar-Raudhah, Pulau Betong disamping menjadi wadah penghubung pertemuan yang sekaligus merapatkan ukhwah fillah dan silaturahim.

Dalam majlis ini, seramai 50 orang yang terdiri daripada asnaf dan anak yatim telah menerima bantuan RM 100 setiap orang dan PERDA turut menyumbang RM 1,000.00 kepada pihak Masjid Ar-Raudhah, Pulau Betong.
Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA dan turut hadir bersama adalah Cik Massuria Hussin, Pengurus Pembangunan Insan PERDA serta 20 orang Skuad PERDA bagi membantu aktiviti memasak juadah berbuka secara gotong-royong bersama anak kariah Masjid Ar- Raudhah, Pulau Betong, Pulau Pinang.
Ini adalah siri terakhir program jelajah Ihya' Ramadan bersama Skuad PERDA pada tahun ini. Semoga majlis dan aktiviti ini mendapat redha Allah S.W.T dan hubungan silaturahim kekal hingga ke akhir hayat. Jumpa lagi tahun hadapan!
GALERI GAMBAR