31 Januari 2024 | Ibu Pejabat PERDA
Program ini merupakan program pertama yang diadakan pada tahun ini bersama penyewa-penyewa premis PERDA.
Selain dari pemantauan secara on site di premis, PERDA telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program ini bertujuan menambah baik pengurusan premis PERDA, menjalinkan kerjasama baik antara PERDA dan penyewa serta sebagai salah satu medium hebahan maklumat dan program yang dilaksanakan oleh PERDA.
Pada Siri 1 ini, seramai 20 orang penyewa dari premis kilang IKS Bukit Minyak telah hadir.
Diharapkan dengan penganjuran program ini juga dapat membantu penyewa dalam memperluaskan perniagaan dan kebolehpasaran produk mereka.
GALERI GAMBAR