Program Santuni Madani Kampung Angkat "Satu Pemimpin Satu Kampung"

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
1 Disember 2024   |   Kampung Sungai Duri, SPS, Pulau Pinang

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif YAB Perdana Menteri Malaysia melalui program "Satu Pemimpin Satu Kampung" yang dilaksanakan seluruh Malaysia, adalah bertujuan memperkukuhkan hubungan pemimpin dengan masyarakat setempat. Kampung Sungai Duri telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program ini.

Kampung ini merupakan Kampung Angkat YBhg, Dato’ Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA, untuk menyemai rasa tanggungjawab bersama dan memperkasa komuniti melalui aktiviti yang selaras dengan prinsip localized Sustainable Development Goals (SDG).

Antara objektif utama program yang dilaksanakan pada hari ini adalah seperti berikut:
  • Memupuk sikap cakna dan rasa bangga di kalangan penduduk serta pemimpin.
  • Meningkatkan potensi dan keupayaan komuniti melalui pendekatan kolaborasi.
  • Mewujudkan persekitaran kemasyarakatan yang harmoni dan proaktif.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti:
  • Gotong-royong mengecat perpustakaan sekolah
  • Penyerahan bakul makanan kepada penduduk memerlukan
  • Perlawanan Sarong Soccer antara pasukan PERDA dan penduduk kampung
  • Menziarahi rumah warga emas penduduk Kampung Sungai Duri dan menziarahi balu dan keluarga Allahyarham Md Abadi bin Hj Hassan, yang telah meninggal dunia akibat serangan jantung sewaktu berlangsungnya Majlis Anugerah Aspirasi Desa Madani (ADM) 2024 di Dewan D, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 21 November 2024.
Program ini juga telah mendapat sokongan daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Duri. Guru Besar SK Sg Duri, YBrs Encik Faizal bin Abd Halim bersama para guru turut memberikan komitmen yang terbaik sepanjang persiapan dan program ini berlangsung.

Semoga program ini dapat memberikan impak positif kepada penduduk Kampung Sungai Duri, di samping memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan komuniti setempat.

 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.