Seminar Aspek Undang-Undang Tanah Dalam Pembangunan Projek Hartanah: Meminimumkan Risiko Dan Mematuhi Peraturan

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
5 - 10 Oktober 2024   |   Hotel De Braga by Artotel Bandung, Indonesia

Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan kefahaman tentang peraturan dan undang-undang berkaitan dengan pemilikan, pemindahan dan pengurusan tanah.

Penceramah, Tuan Jaiya Abu Pegawai Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert-SME) telah berkongsi ilmu berkaitan Kanun Tanah Negara dan isu-isu berkaitan pembangunan tanah diikuti oleh sesi soal jawab.

Keseluruhan peserta berjumlah 42 orang yang terdiri daripada pelbagai negeri, pejabat kerajaan dan swasta telah menyertai dan memberikan respon serta maklum balas yang sangat positif di sepanjang kursus ini. Seminar ini berjaya mencetuskan perbincangan yang konstruktif dan banyak isu-isu berkaitan pembangunan terjawab.

Seminar ini juga telah menampilkan penceramah jemputan khas dari Sekretaris Dinas Komunikasi dan Informatika iaitu Pak Darto AP MM, dalam bidang Smart City dan beliau telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau mengenai Bandung As Smart City.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.