2 Ogos 2024 | SP Arena, Seberang Jaya
“Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ telah dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dalam menyambut ulang tahun negara tercinta yang telah mencecah usia 67 tahun kemerdekaan.
“Tema ini dipilih sebagai menzahirkan kebebasan rakyat dalam menginterpretasikan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial serta ekonomi yang seterusnya membentuk kesatuan rakyat kukuh, harmoni dan progresif selari dengan intipati Malaysia Madani.
Serentak pada majlis sama, Kon Yeow turut melancarkan Kempen ‘Satu Rumah, Satu Jalur Gemilang’ dengan mengagihkan bendera-bendera kepada sekalian 63 wakil jabatan negeri dan persekutuan, agensi-agensi kerajaan, universiti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta firma korporat.
GALERI GAMBAR