Penyerahan Kunci Rumah Kepada Penyewa Baharu Rent-To-Own

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

15 Ogos 2024    |    Taman Desa Ara, Tasek Gelugor

Pada 15 Ogos 2024, bertempat di Taman Desa Ara, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, telah berlangsung sesi penyerahan kunci rumah kepada para penyewa baharu bagi program Rent- To -Own, bagi projek perumahan Rumah Bandaran Taman Desa Ara.

 
Dalam sesi tersebut, seramai 7 penyewa baharu telah diserahkan kunci rumah masing-masing, bagi memulakan kehidupan baru yang lebih selesa di kediaman yang disediakan oleh PERDA.

Para penyewa ini dipilih berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan bagi melayakkan mereka menyewa projek-projek perumahan PERDA.

Dalam sesi tersebut, pegawai-pegawai PERDA yang diketuai oleh Pegawai Eksekutif, Seksyen Kesejahteraan Masyarakat, Bahagian Pembangunan Insan PERDA, Encik Zainur Rizal bin Abdullah, telah memberi penerangan lanjut berkaitan hal-hal bersangkut dengan penyewaan perumahan PERDA kepada para penyewa dalam satu sesi muhibah dan santai.

Sebagai agensi yg bernaung di bawah Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah, adalah menjadi tanggungjawab PERDA untuk sama-sama membantu melaksanakan program-program dan projek-projek yang telah dirancang dengan teliti, selaras dengan misi nasional yang ingin mewujudkan masyarakat madani berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.

Program Rent-To-Own Rumah Bandaran Taman Desa Ara ini adalah sebahagian dari inisiatif bestari yang dilaksanakan PERDA, di samping pelbagai inisiatif- inisiatif lain yang terus dilaksanakan PERDA dari semasa ke semasa ke arah mewujudkan komuniti madani yang menjadi tunjang kepada pembangunan negara.

PERDA berharap kesemua penyewa-penyewa baharu bagi program Rent-To-Own ini khususnya dan lain-lain penerima manfaat program/projek PERDA amnya, akan dapat membantu meningkatkan taraf sosioekonomi masing-masing melalui bantuan yang telan disalurkan oleh kerajaan dan PERDA akan terus membantu memacu pembangunan negara, melalui pelbagai pelaksanaan program dan projek yang telah dan akan dirancang di masa-masa akan datang.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.