20 Mac 2024 | Masjid Jamek Al Amin Simpang Tiga, Nibong Tebal
Jutaan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah atas kesudian menghadiri majlis ini.
Beliau turut berkongsi beberapa kejayaan PERDA dalam memacu Pembangunan di negeri ini termasuk kejayaan membimbing seramai 23,960 usahawan dan syarikat serta memberi fokus kepada penghasilkan produk-produk yang memenuhi standard persijilan halal dan beliau berharap usaha yang dilakukan mampu menjadikan negeri ini salah satu daripada Halal Hub yang mengeluarkan produk-produk halal berskala besar.
Beliau juga menyarankan agar usaha ini digembleng bersama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam membantu PERDA untuk mendirikan lebih banyak kilang dan premis yang mengeluarkan produk halal berskala besar di negeri ini.
YAB TPM turut menyampaikan sumbangan bantuan Ramadan berjumlah RM20,000 kepada 200 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim dan pelajar tahfiz dengan setiap daripada mereka menerima RM100.
Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 160 Komuniti Desa Madani (KDM) Pulau Pinang yang berperanan merancang dan melaksana projek serta program di kampung dengan peruntukan sebanyak RM6,937,500 bagi tahun 2024.
Hadir sama, Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek; Timbalan Menteri KDW, Datuk Rubiah Wang; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDW, Datuk Murad Sayang; Setiausaha Kerajaan Negeri; Dato’ Rosli Isa; Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar, Rashidi Zinol; Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Dato’ Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin dan ramai lagi.
GALERI GAMBAR