7 September 2024 l Permatang Pasir
Program PERDA Perkasa Komuniti dan Jualan Agro Madani Bersama Penduduk Taman Ara Indah, Permatang Pasir, Seberang Perai Tengah telah diadakan pada 7 September 2024.
Objektif program adalah untuk menggalakkan penglibatan komuniti setempat melalui program-program anjuran PERDA.
Di samping itu, dapat menjalinkan hubungan baik dan kerjasama bagi projek-projek perumahan yang dilaksanakan oleh pihak PERDA.
Program ini juga telah memberi peluang kepada komuniti menikmati jualan Agro Madani dengan harga barangan yang lebih murah.
Program ini juga telah memberi peluang kepada komuniti menikmati jualan Agro Madani dengan harga barangan yang lebih murah.
Program telah dimeriahkan dengan kehadiran 230 orang penduduk dengan pelbagai acara menarik yang telah dirancang.
Program ini telah di rasmikan oleh Encik Mohd Afhainizam bin Mahamad Yusop, Pengurus Hartanah dan Teknikal PERDA serta ucapan aluan dari Pengerusi KRT Taman Ara Indah, Tuan Haji Rosli Osman. Turut hadir Encik Muhammad Hamdi bin Md Noor, Penyelaras KADUN Permatang Pasir.
Sumber Foto : Zameer
GALERI GAMBAR