18 Oktober 2024 | PERDA-TECH
Biro Kerohanian Dan Kebajikan (KSKKP) dengan kerjasama Yayasan Restu Wilayah Utara telah menganjurkan sebuah program Perkongsian 40 Perincian Al-Quran MUFIQ 8.0. pada Jumaat, 18 Oktober 2024.
Bertempat di Pusat Islam PERDA-TECH, sebanyak 35 peserta dari kalangan kakitangan PERDA telah terlibat secara langsung di dalam program ini.
Program yang dikendalikan oleh Puan Shafawati binti Abdul Manaff ini sangat menarik oleh kerana Al-Quran MUFIQ sangat berbeza dari naskah Al-Quran yang sedia ada.

Antara intipati yang program yang dapat dicerapi sepanjang program adalah berikut:-
- Mengenal lebih mendalam mengenai tafsiran dalam ayat Al-Quran (Tadabbur);
- Mempelajari Al-Quran melalui 40 perincian yang telah diperinci oleh Quran Mufiq. Antaranya STEM (sains, Teknologi, Engineering dan Matematik);
- Mengetahui doa - doa dari Al-Quran untuk kegunaan harian;
- Kelebihan Al-Quran mufiq adalah terdapat QR code yang akan menerangkan mengenai peristiwa-peristiwa / perjuangan Rasulullah S.A.W;
- Mempelajari dan memahami hadith - hadith yang terdapat dalam setiap surah; dan
- Dapat mempelajari pengajaran-pengajaran dalam bahagian tafsiran pada setiap ayat.
Mudah-mudahan program ini memberi manfaat yang berpanjangan buat peserta dan urusetia yang terlibat.
Biro Kerohanian Dan Kebajikan (KSKKP)
GALERI GAMBAR