Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam/Anugerah Inovasi Pengurusan Madani KKDW Tahun 2023

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 
24 Ogos 2023  |  Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur
 
AIPA bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu, kumpulan dan agensi yang berjaya melaksanakan inovasi di agensi masing-masing.

KKDW menganjurkan Hari Inovasi sebagai menghargai inisatif Agensi, Bahagian dan Unit di bawah KKDW mentransformasikan perkhidmatan awam untuk merealisasikan agenda pembangunan luar bandar.

Kepelbagaian produk inovasi ini dapat membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan untuk manfaat kepada masyarakat.

Pertandingan telah diadakan pada 24 Ogos 2023 bertempat di MARA Knowledge Centre (MKC), Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.
 
Dalam pertandingan kali ini, PERDA telah membawa tajuk i-Claim PERDA. Satu sistem telah dibangunkan bagi projek kali ini. Sistem ini menjadi platform bagi guru dan pentadbir sekolah mengemukakan tuntutan elaun pembimbing secara bulanan serta memantau pelaksanaan tutorial dan baki peruntukan secara hujung jari.

Sistem i-CLAIM@PERDA adalah merupakan gerbang untuk semua urusan tuntutan elaun guru pembimbing bagi Program Tutorial@PERDA melibatkan 71 buah sekolah di bawah kawasan operasi PERDA di negeri Pulau Pinang.

Program ini diadili tiga juri professional dan pakar dalam bidang masing-masing iaitu Ts. Azimah binti Ismail, Pensyarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah (POLIMAS) selaku ketua juri, Dr. Sharmila binti Mohamad Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi dan Prof Madya Gs. Dr. Ruzinoor bin Che Mat, Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM).

 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.