10 Februari 2023 | KOMTAR, Pulau Pinang
Tujuan kunjungan ini adalah bagi menyampaikan hala tuju dan kerjasama antara PERDA dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar semua perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan mahupun projek sosial yang dibangunkan dapat memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.
Turut hadir bersama Pengurus Besar PERDA ke Komtar ialah Timbalan Pengurus Besar PERDA, Noor Hayati Ishak; Pegawai Undang-Undang PERDA, Yohana Puteh dan Penolong Pegawai Perhubungan Awam, Normuslim Saad.
Pada pertemuan itu, Mohd. Asri membangkitkan beberapa perkara antaranya berkaitan projek-projek pembangunan perumahan mampu milik; pengurusan serta pembangunan dewan orang ramai; isu tanah yang belum dibangunkan dan program-program pembangunan masyarakat serta keusahawanan di bawah PERDA.
Turut dibincangkan adalah mengenai struktur pentadbiran PERDA yang terletak di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah; struktur Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri Pulau Pinang dan cadangan penyewaan unit-unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di daerah Barat Daya.
GALERI GAMBAR