Bengkel Training of Trainers Matematik Olimpiad 2023

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
01 - 03 Ogos 2023  |  Hotel Copthorne, Cameron Highlands
  
Seksyen Kecemerlangan Akademik,Bahagian Pembangunan Insan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Bengkel Training Of Trainers Matematik Olimpiad yang diadakan pada 1 hingga 3 Ogos 2023 bertempat di Hotel Copthorne, Cameron Highlands.

Bengkel ini melibatkan seramai 20 orang jurulatih-jurulatih Matematik Olimpiad bagi negeri Pulau Pinang yang akan terlibat di dalam melatih pelajar-pelajar daripada sekolah luar bandar di bawah kawasan operasi PERDA dan negeri Pulau Pinang secara keseluruhan bagi menyertai pertandingan Matematik Olimpiad di peringkat negeri dan kebangsaan.

Matematik Olimpiad adalah merupakan salah satu komponen aktiviti di bawah inisiatif Program Luar Bandar Cerdik bagi tahun 2023. Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada semua jurulatih yang terlibat di dalam bengkel ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA.


AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.