Kursus Asas Siasatan dan Pelaporan PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
26 - 27 Jun 2023  |  Bertam Resort
  
Seramai 30 anggota kerja PERDA menghadiri Kursus Asas Siasatan & Pelaporan yang dikendalikan oleh Penceramah dari Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Tuan PsK Roseli bin Roszaini.

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan maklumat serta prosedur yang jelas kepada Jawatankuasa Siasatan Dalaman (JKSD) PERDA dalam melaksanakan siasatan secara menyeluruh dan mendapatkan bukti tentang kesalahan yang telah dilakukan sebelum laporan dikeluarkan kepada urusetia Jawatankuasa Tatatertib.

Dalam pada itu, program ini juga memberi pengetahuan dan kefahaman asas kepada peserta mengenai aspek penting dalam bidang penyiasatan bagi meningkatkan kemahiran peserta mengenai kaedah dan teknik mengendalikan penyiasatan yang betul dan berkesan.

#perda #merealisasikanharapanrakyat #KKDW #luarbandarsejahtera #mediaperda

Kredit Foto : Muhammad Nursolehin bin Abdul Malek

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Zahid Hamidi
Rubiah Wang
Mohd Asri Baharum
Shaik Hussein Mydin 

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.