"Kita (PERDA) akan pastikan murid- murid di Pulau Pinang khususnya, tidak ketinggalan dan tercicir dalam pembelajaran terutamanya dalam bidang-bidang terkini seperti teknologi maklumat. Ini adalah kerana dunia (semasa) memerlukan intelektual cerdik pandai pada masa sekarang dan masa hadapan." - YBhg. Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin (Pengerusi PERDA).
Seksyen Kecemerlangan Akademik, Bahagian Pembangunan Insan telah selesai melaksanakan 3 siri daripada 4 siri program Robotic Workshop. Program telah berlangsung pada 26 Julai 2023, bertempat di Dewan Dahlia, Midtown PERDA yang melibatkan seramai 288 orang pelajar dan guru daripada 71 buah sekolah rendah dan menengah dibawah kawasan operasi PERDA.
Objektif program ini adalah untuk menggalakkan minat lebih ramai pelajar di dalam bidang STEM serta memperkasa ilmu pengetahuan STEM di kalangan pelajar-pelajar sekolah luar bandar.
GALERI GAMBAR