Dianggarkan sekitar 700 pengunjung yang hadir pada hari ini bagi memeriahkan Program PERDA Santuni Komuniti Madani #perdadihati Siri ke- 6 di Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Pengisian untuk setiap siri pelaksanaan program ini akan melibatkan aktiviti ceramah motivasi, jualan Agro Madani bersama pihak FAMA dan pemberian sumbangan Bakul Rahmah, sumbangan program peningkatan ekonomi, pertandingan mewarna kanak-kanak bersama ibu bapa dan aktiviti cabutan bertuah.
Aktiviti pameran turut diadakan melibatkan pameran perumahan oleh pihak PVISB, kemudahan pengajian di PERDA-TECH dan booth pameran dari Bahagian Pembangunan Ekonomi, PERDA.
Sebanyak 500 ekor ayam mentah telah diedarkan secara PERCUMA kepada pengunjung yang hadir dan 200 ekor ayam mentah telah dijual dengan harga RM 5.00/seekor pada slot Jualan Happy Hour.
Pelbagai barangan mentah seperti sayur- sayuran dan buah- buahan serta barangan makanan harian turut dijual pada harga yang paling rendah.
Seramai 2 individu yang layak telah menerima bantuan dalam bentuk mesin dan peralatan melalui Program Memupuk Ekonomi Kecil (MEPK).
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA. Turut hadir bersama YBhg. Datuk Shah Headan Ayob, YBrs. Tuan Haji Anuar Shahab, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA, YBrs. Encik Mohd Junaidi Riziqin, Timbalan Pengarah Operasi FAMA Negeri Pulau Pinang, Encik Noorkhaizan Mohd Nor, Ketua Pegawai Operasi PERDA Ventures Incorporated Sdn Bhd, YBrs. Puan Noor Rizan Mohd Yusoff, Pengerusi MPKK Telok Bahang dan YBrs. Tuan Haji Zuki Hasan, Pengerusi Masjid Jamek Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Secara amnya, program ini mensasarkan penglibatan seramai 10,000 ribu orang kumpulan sasar menerusi pelaksanaannya untuk keenam-enam siri di sekitar negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada kepimpinan kampung dan masjid, penduduk setempat, para pelajar, ibu bapa serta kanak-kanak.
GALERI GAMBAR