Program PERDA Santuni Komuniti Madani bersama YBhg Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin, Pengerusi PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
03 Jun 2023  |  Dewan Komuniti Simpang Empat Permatang Buloh, SPU

Program PERDA Santuni Komuniti Madani bersama YBhg Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin, Pengerusi PERDA telah diadakan pada 03 Jun 2023 bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Program ini merupakan satu inisiatif pihak PERDA bagi mendekati dan menyantuni masyarakat khususnya penduduk negeri Pulau Pinang yang berada dalam kawasan operasi PERDA.

Menerusi program ini, informasi dan maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat luar bandar berkenaan program dan projek yang dapat memberi manfaat kepada mereka serta menjana pengetahuan komuniti setempat.

Antara aktiviti yang berlangsung adalah ceramah motivasi keibubapaan, pertandingan mewarna kanak- kanak, cabutan bertuah, reruai pameran, gerai jualan dan jualan Agro Madani (dengan kerjasama FAMA).

Sebanyak 500 ekor ayam mentah telah diagihkan kepada pengunjung yang hadir manakala sebanyak 300 ekor ayam mentah telah dijual dengan harga RM 5.00 sahaja/seekor menerusi slot Jualan Happy Hour.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi PERDA, YBhg Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin. Turut hadir bersama Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Asri Baharum, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang, Encik Mohd Azraie Ramli, Ketua UMNO Bahagian Tesek Gelugor, Dato' Omar Haji Abdul Hamid, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Noorhayati Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Anuar Shahab, Pengerusi MPKK Simpang Empat Permatang Buluh, Encik Abdul Rahim Darus, Pengerusi Qaryah Masjid Simpang Empat Permatang Buluh, Encik Mahmad Zamri Darus dan Pengerusi Qaryah Masjid Pmtg. Haji Hassan, Tuan Haji Shahidan Shafie.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Jumpa kami SKUAD PROGRAM PERDA SANTUNI KOMUNITI MADANI #PERDADiHati pada 11 Jun 2023 | 8:00 pg - 1:00 tengah hari.
Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang

#perda #merealisasikanharapanrakyat #KKDW #luarbandarsejahtera #perdihati #FAMAPENANG  #PVISB
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.