Majlis Ihya Ramadan PERDA 2023

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
14 April 2023  |  Butterworth
 
Ihya Ramadan 2023
Masjid Ar-Rahman Bukit Teh

23 Ramadan 1444 hijrah menjadi penutup bagi Majlis Ihya Ramadan PERDA 2023 yang bertempat di Masjid Ar-Rahman Bukit Teh. Majlis ini dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Komuniti Harmoni yang bertujuan mengeratkan hubungan komuniti setempat dalam pada masa sama juga PERDA menyampaikan sumbangan kepada kumpulan sasar. Kumpulan sasar penerima sumbangan adalah terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal dan OKU.

Program bermula dengan rewang memasak juadah berbuka pada sebelah pagi seterusnya pada sebelah petang majlis penyerahan sumbangan kepada penerima yang disempurnakan oleh Tuan Haji Anuar bin Haji Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA.

Pihak PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Khariah Masjid Ar-Rahman Bukit Teh yang sudi menerima kunjungan dan menjayakan majlis kali ini.


AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.