Program Keusahawanan Francais & Transformasi Minda telah berlangsung pada 27 Julai 2023 bertempat di The Grand Mulia Hotel, Kubang Semang, Bukit Mertajam.
Objektif utama penganjuran program ini adalah:
Seramai 40 orang peserta menghadiri program tersebut. Melalui sesi ini para peserta dapat mengenali perniagaan francais, dapat mempelajari selok belok perniagaan francais bagi mengembangkan perniagaan mereka ke arah francais, serta memberi peluang para usahawan membuka perniagaan francais tempatan atau luar negara dan dapat perkongsian dari syarikat francaisor/pra-francaisor yang berpengalaman yang telah mengikuti program dibawah PERNAS.
Objektif utama penganjuran program ini adalah:
- Membantu dan mengerakkan tingkah laku dan minda yang sihat, positif dan kreatif bagi membantu kemajuan individu dan perniagaan;
- Memahami struktur perniagaan, implikasi dan kesesuaian kepada perniagaan;
- Memahami keperluan ke arah memantapkan perniagaan melalui konsep perniagaan yang lebih sistematik;
- Mempelajari dan memahami konsep perniagaan francais yang lebih teratur, sistematik dan tersusun melalui persembahan, pengurusan, pentadbiran dan sebagainya; dan
- Mempelajari model peniagaan yang mempunyai rangkaian yang lebih tersusun melalui konsep pra francais dan francais.
Seramai 40 orang peserta menghadiri program tersebut. Melalui sesi ini para peserta dapat mengenali perniagaan francais, dapat mempelajari selok belok perniagaan francais bagi mengembangkan perniagaan mereka ke arah francais, serta memberi peluang para usahawan membuka perniagaan francais tempatan atau luar negara dan dapat perkongsian dari syarikat francaisor/pra-francaisor yang berpengalaman yang telah mengikuti program dibawah PERNAS.
PERNAS dihadiri oleh Dr Muhammad Hafizi Sulaiman, Ketua Institut Francais sebagai Penceramah (Coach) pada hari tersebut dibantu oleh En Mohd Rashiman Bin Rasit. Turut hadir adalah Puan Nurfathiyah Bt Saaidin, Eksekutif PERNAS Koridor Utara bersama tetamu Khas iaitu Puan Normardiyah Binti Muhammad Azman Ng, Pengasas Klekor, M&M First Group Sdn Bhd.
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Tuan Hj Anuar Bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), PERDA.
GALERI GAMBAR