Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kemahiran Dan Inovasi Ekspo TVET@KKDW

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

15 Julai 2023  |  Bertam Square, Kepala Batas

Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW (Ekspo TVET@KKDW) merupakan ekspo tahunan yang diadakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian. Ia bertujuan untuk mempromosikan peluang latihan kemahiran yang ditawarkan oleh Institusi TVET@KKDW kepada masyarakat luar bandar, khususnya para pelajar dan belia yang lebih berminat dalam bidang teknikal dan vokasional.

Pelbagai pengisian aktiviti yang menarik dalam Ekspo TVET@KKDW 2023 seperti berikut:
(i) Zon 1 (Pameran)
Pameran dan informasi oleh setiap Agensi/Institusi TVET@KKDW mengenai program/kluster bidang pengajian/kemudahan dan fasiliti yang disediakan dan pengambilan/kemasukan ke Institusi TVET@KKDW serta pameran rakan strategik/industri seperti PERKESO, Celcom dan Perodua.

(ii) Zon 2 (Komuniti)
Aktiviti melibatkan komuniti setempat di negeri Pulau Pinang seperti Selenggara Elektrik Rumah Impian (SERI), demonstrasi kemahiran, Pertandingan Gubahan Bouquet dan Melukis Inai, pertandingan TVET Cilik serta program e-Sport untuk belia/anak muda.

(iii) Zon 3 (Teknousahawan)

Aktiviti gerai jualan, produk keusahawanan oleh usahawan, graduan dan alumni TVET@KKDW, pertandingan bizpitching dan aktiviti TVET servis.

(iv) Zon 4 (Cabaran Kemahiran)

Pelbagai cabaran kemahiran secara fizikal melibatkan penyertaan pelajar seperti Pertandingan Kemahiran Penyelenggaraan Basikal, Pertandingan Kemahiran Motorsikal, Pertandingan Kemahiran Jahitan Pakaian, Pertandingan Operasi Dron.

(v) Zon 5 (Inovasi)
Pertandingan kemahiran melibatkan penyertaan pengajar/pelajar di bawah Institusi Pendidikan TVET@KKDW iaitu Pertandingan Arca Kreatif dan Pertandingan Inovasi (Produk Pengguna, Automotif/Pengangkutan, Pendidikan, Elektrik dan Elektronik).

(vi) Zon 6 (Seminar dan Kerjaya)
Sesi seminar/webinar mengenai kerjaya, success story dan Ikon TVET dengan pelbagai topik menarik, sesi walk-in temuduga kerjaya dan sebagainya.

(vii) Cabutan bertuah
Para pengunjung berpeluang memenangi cabutan bertuah hebat yang disediakan oleh pihak penganjur di sepanjang tempoh ekspo berlangsung.


Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kemahiran dan Inovasi Ekspo TVET@KKDW telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah Binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Turut hadir, Ketua-Ketua Agensi di bawah KKDW.

Tahniah Kepada Semua Pemenang.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.