31 Ogos 2023 | Batu Kawan
Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke 66 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 telah diadakan pada 31 Ogos 2023 (Khamis) bertempat di Perkarangan Stadium Batu Kawan bermula pada jam 7.45 pagi.
Sambutan Hari Kebangsaan Ke 66 Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun ini membawa tema "MALAYSIA MADANI : TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN" yang merupakan aspirasi tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat, sebagai sebuah negara bangsa yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu padu serta menjalani kehidupan yang aman sejahtera.
Sambutan Hari Kebangsaan Ke 66 ini dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menghantar kontinjen kawad kaki seramai 58 orang yang terdiri daripada 39 lelaki dan 19 perempuan dengan Moto/Slogan "PERDA TERUS UNGGUL MEREALISASIKAN HARAPAN RAKYAT DI PULAU PINANG".

GALERI GAMBAR