11 - 12 Mac 2023 | Hotel Raia, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Program Bina Daya Insan @ PERDA, Pembangunan Komuniti Harmoni, Kursus Pengurusan Bencana Dan Keselamatan Komuniti Cakna Kampung Sejahtera
Objektif program ini adalah bertujuan untuk membantu para peserta khususnya kepimpinan komuniti dalam memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan bencana serta langkah- langkah persiapan awal yang perlu dilaksanakan dalam usaha membantu mengurangkan kecederaan dan kemalangan yang lebih teruk semasa bencana.
Pelaksanaan kursus ini juga mampu melahirkan ahli komuniti yang cekap dan responsif di dalam pengurusan bencana serta mengenalpasti faktor-faktor berlakunya bencana dan cara-cara mengatasinya berdasarkan kepada perkongsian hasil dapatan dan pengalaman agensi yang terlibat dalam operasi medan seterusnya memperkukuh jalinan kerjasama PERDA bersama komuniti melalui program pembangunan modal insan.
Program ini adalah anjuran Bahagian Pembangunan Insan, Seksyen K- Komuniti. Turut serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang.
GALERI GAMBAR