Program PERDA Santuni Komuniti Madani bersama YBhg. Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi MATRADE

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
11 Jun 2023  |  Kepala Batas, Pulau Pinang

Program PERDA Santuni Komuniti Madani #perdadihati bersama YBhg. Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi MATRADE telah berlangsung pada 11 Jun 2023 jam 8:00 pagi - 1:00 tengah hari bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Abdullah Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Tujuan program ini diadakan adalah merupakan satu inisiatif pihak PERDA bagi mendekati dan menyantuni masyarakat khususnya penduduk negeri Pulau Pinang yang berada dalam kawasan operasi PERDA.

Menerusi program ini, banyak informasi dan maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat luar bandar berkenaan program dan projek yang dapat memberi manfaat kepada mereka serta manjana pengetahuan komuniti setempat.

Antara aktiviti yang berlangsung adalah ceramah motivasi keibubapaan, pertandingan mewarna kanak- kanak, cabutan bertuah, reruai pameran, gerai jualan dan jualan Agro Madani (dengan kerjasama FAMA).

Sebanyak 500 ekor ayam mentah telah diagihkan kepada pengunjung yang hadir manakala sebanyak 300 ekor ayam mentah telah dijual dengan harga RM 5.00 sahaja/seekor menerusi slot Jualan Happy Hour. Jumlah kehadiran pengunjung pada hari ini adalah seramai 1300 orang.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA, YBrs. Encik Mohd Azraie Ramli, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang, YBrs. Encik Adnan Idris, Pengetua Sek. Men. Keb. Datuk Haji Ahmad Badawi, Tuan Haji Anuar Shahab, Pengurus Besar (Pembangunan), Puan Norhayati Ishak, Pengurus Besar (Pengurusan), Encik Zulqarnain Mohammad, Timbalan Pengarah MATRADE Wilayah Utara, Encik Noorkhaizan Mohd Nor, Ketua Pegawai Operasi PVISB, Encik Sayuthi Ibrahim, Pengerusi Qaryah Masjid Ibadur Rahman dan Encik Khairol Fitri Kiraman, Pengerusi Qaryah Masjid Jami'ul Jalal Wal Kamal.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Jumpa kami SKUAD PROGRAM PERDA SANTUNI KOMUNITI MADANI #PERDADiHati pada 17 Jun 2023 | 8:00 pg - 1:00 tengah hari | Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

#perda #merealisasikanharapanrakyat #KKDW #luarbandarsejahtera #ppskm #MalaysiaMadani #pulaupinang #FAMAPENANG #mediaperda #PVISB #kepalabatas #memangmeriah #YangManisManis

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.