Pengerusi PERDA, YBhg. Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin pada hari ini bertemu dengan barisan anggota PERDA dan PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB) bertempat di Institut Kemahiran Tinggi (PERDA-TECH) bersempena Perhimpunan Bulanan dan Slot Khas Hi-Tea Bersama Pengerusi PERDA.
Program yang julung kalinya diadakan pada tahun ini berjaya menghimpunkan keseluruhan anggota kerja PERDA dan PVISB.
Tujuan program ini diadakan adalah sebagai pertemuan secara terus antara anggota kerja PERDA bersama Pengerusi PERDA dan pihak pengurusan PERDA.
Di samping itu, anggota PERDA juga dapat mendengar amanat yang disampaikan oleh Pengurus Besar PERDA, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum.
Sijil Pelantikan Mentor Mentee KKDW dan Anugerah Staf Ikon PERDA turut diberikan semasa program ini.
GALERI GAMBAR