Seramai 40 orang usahawan telah dipilih bagi menyertai Kursus Teknik Pembungkusan dan Penjenamaan Kreatif yang diadakan di Copthorne Hotel, Cameron Highland.
Objektif kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan kepentingan pembungkusan dan jenama serta mengetahui kaedah pembungkusan yang unik, menarik, inovatif dan mengikut trend.
Selain itu, usahawan juga didedahkan tentang teknologi dan sistem pembungkusan yang sesuai mengikut spesifikasi produk dan memahami mengenai undang- undang dan peraturan pembungkusan serta pelabelan.
Ini adalah satu kaedah PERDA untuk membantu dan memacu pertumbuhan ekonomi usahawan khususnya ushawan bumiputera dari aspek pembungkusan produk yang berinovatif dan menarik. Pembungkusan adalah ‘kunci pemasaran’ tanpa disedari yang bukan sekadar melindungi produk dari kerosakan tetapi memberi impak visual, keunikan dan perbezaan imej jenama di rak jualan.
Kursus ini dikendalikan oleh Puan Hjh Noorhayati Binti Hj Mokhtar dan En. Mohd Radzi Bin Harun yang merupakan Certified Trainer dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang Rekabentuk dan Pelabelan.
Kursus ini dirasmikan oleh En. Mohd Hazahari Bin Md Haris, Pengurus Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA.