Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Ir. Shaikh Hussein Bin Mydin, Pengerusi PERDA.
Turut hadir bersama, YB. Nor Hafizah Othman, Adun Permatang Berangan, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA, YBrs. Encik Mohd Azraie Ramli, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang, YBrs. Encik Anuar Che Mat, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Gelugor, Puan Noor Hayati Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Encik Noorkhaizan Mohd Nor, Ketua Pegawai Operasi PVISB, YBhg. Dato' Omar Abdul Hamid, Ketua Umno Tasek Gelugor, Encik Lotffi Hamid, Pengerusi Masjid Qaryah Masjid Jamek Lahar Tembun dan Tuan Haji Nor Hisham, Setiausaha Qaryah Majis Jamek Tasek Gelugor.
Sebanyak 350 ekor ayam telah diedarkan kepada pengunjung yang hadir. Di dalam program ini juga, pelbagai harga barangan mentah seperti daging, sayur, ayam, buah-buahan dan lain-lain diberikan harga istimewa.
Program ini merupakan satu inisiatif PERDA untuk mendekati dan menyantuni masyarakat khususnya penduduk negeri Pulau Pinang yang berada dalam kawasan operasi PERDA.
TERIMA KASIH #supporters TASEK GELUGOR.
Jumpa kami minggu hadapan di Sungai Dua (Dewan Muhibbah Merbau Kudong) pada 24 Jun 2023 Jam 8.00 pagi - 1.00 petang.
GALERI GAMBAR