Lawatan Kerja YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
26 Mac 2023  |  Butterworth
 
Lawatan Kerja YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke PERDA pada 26 Mac 2023 bersamaan 4 Ramadan 1444 Hijrah.

Dalam lawatan ini, beliau telah diberi taklimat berkaitan program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh PERDA dan turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Skim Perumahan Rakyat (SPR) Taman Kuala Sungai Pinang kepada 10 penyewa yang mewakili 52 peserta skim projek perumahan tersebut.

Beliau juga turut menekankan peranan dan way foward PERDA untuk membantu rakyat khususnya masyarakat luar bandar Pulau Pinang.

Turut hadir dalam lawatan ini, Timbalan Menteri KKDW, YB Datuk Hajjah Rubiah Wang, Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Dato' Seri Ramlan Dato' Harun, Timb. KSU (DASAR) KKDW, Ybhg. Datuk Che Murad Sayang Ramjan, Pengerusi PERDA, YBhg. Dato' Ir. Dr. Shaikh Hussein Mydin, Pengurus Besar PERDA, dan YBRS. Tuan Haji Mohd Asri Baharum.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.