19 November 2023 | Dewan Utama, PERDA-TECH, Nibong Tebal
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kursus di bawah Program Pemerkasaan Komuniti Luar Bandar yang memfokuskan kepada para belia dan turut melibatkan penglibatan dalam kalangan para pelajar. Justeru, satu siri Kursus Asas Perniagaan – Belia Celik Niaga dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) dan komuniti setempat telah diadakan pada 19 November 2023 bertempat di Dewan Utama, PERDA-TECH, Nibong Tebal.
Pelaksanaan program ini memfokuskan kepada komuniti luar bandar dan para belia yang berminat untuk memulakan perniagaan serta yang telah menjalankan aktiviti perniagaan untuk mendalami ilmu dalam bidang keusahawanan. Pelaksanaan program ini juga selari dengan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan di samping menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan.
Selain itu, program ini juga dapat memupuk dan menanam semangat untuk berjaya dan maju dalam bidang keusahawanan dalam kalangan para belia. Majlis Perasmian Program telah disempurnakan oleh Cik Massuria binti Mat Husin, Pengurus Pembangunan Insan, PERDA.
Kredit Foto : Muzhaffar Shatir
Kredit Foto : Muzhaffar Shatir
GALERI GAMBAR