Sesi Mesyuarat Pemeriksaan Permohonan Bajet Program/Projek Pembangunan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Bagi RMKe-12 RP4 Tahun 2024 telah berlangsung di Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi, Selangor bersama Kementerian Ekonomi telah berlangsung pada 22 Mei 2023.
PERDA telah mengemukakan permohonan peruntukan pembangunan sebanyak RM54j yang melibatkan pelaksanaan 25 projek/program bagi RP4 tahun 2024.
Permohonan yang dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi adalah untuk memastikan pelaksanaan program/projek PERDA dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Pulau Pinang.
Kredit Foto : Norzambri Azizan