27 - 28 November 2023 | Hotel Royale Chulan, Pulau Pinang
Bengkel Kajian Bisnes (BRS) bagi projek Perkhidmatan Pembangunan Sistem SmartGIS telah diadakan pada 27 November 2023 hingga 28 November 2023 bertempat di Royale Chulan Hotel, Penang. Tujuan bengkel ini adalah untuk mengumpul data dan maklumat keperluan sistem yang akan dibangunkan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan PERDA lebih cepat, tepat dan mencapai objektifnya.
Bengkel ini telah dianjurkan oleh Syarikat Blackcube Solution Sdn. Bhd. dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat PERDA melibatkan 20 orang peserta dari Unit Perancang Bandar Dan Desa, Bahagian Hartanah Dan Teknikal mewakili pengguna projek fizikal manakala wakil peserta dari Bahagian Perancangan Strategik, Bahagian Kewangan, Bahagian Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Insan dan Unit Pelaburan mewakili pengguna Program Bukan Fizikal.
Perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Pengurusan, Puan Noor Hayati binti Ishak yang turut dihadiri juga oleh Encik Mohd Zuwairi bin Mohd Shah selaku Ketua Pengarah Projek dari Syarikat Blackcube Solution Sdn. Bhd. bersama pasukan projek.
Kredit foto : Azrim Ariffin
GALERI GAMBAR