14 -17 November 2023 | Hotel Langkapuri, Langkawi, Kedah
Seramai 25 orang peserta di kalangan anggota kerja PERDA telah terlibat di dalam program ini. Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pengurusan media sosial dalam usaha mempromosikan keterlihatan PERDA.
Atas sokongan padu dan minat terhadap MEDIA PERDA, Dato' Dr. Ir. Shaik Hussein Mydin, Pengerusi PERDA turut hadir dalam program tersebut serta berkongsi pelbagai input baharu dan kaedah terbaru dalam dunia media sosial. Tidak ketinggalan, Tuan Haji Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA juga turut hadir bersama.
Diharapkan bengkel ini dapat membantu TEAM MEDIA PERDA dalam menguruskan platform dengan lebih berkesan pada masa akan datang.
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
GALERI GAMBAR