Majlis Ihya Ramadan PERDA Bersama Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Dengan Kerjasama Jawatankuasa Khariah Masjid Sungai Kechil, Nibong Tebal

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
31 Mac 2023  |  Butterworth
 
09 RAMADAN 1444 (JUMAAT)
6.00 PETANG

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya dapat kita semua hadir dan berkumpul di masjid ini, bersempena dengan Majlis Ihya Ramadan PERDA bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jawatankuasa Khariah Masjid Sungai Kechil, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.

Terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun, kerana sudi menerima undangan kami, daripada pihak PERDA dan Jawatankuasa Khariah Masjid Sungai Kechil untuk berbuka puasa dan bersolat tarawih bersama dengan penduduk dan anak khariah Masjid Sungai Kechil.

Program Ihya Ramadan pada petang ini merupakan program Ihya Ramadan pertama PERDA bersama Tun sejak Tun dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada tahun 2021.

Terima kasih kepada Masjid Sungai Kechil terutama pengerusi serta barisan kepimpinan khariah masjid ini yang telah menerima salam kerjasama daripada pihak PERDA untuk menjayakan Majlis Ihya Ramadan ini.

PERDA dengan kerjasama Jawatankuasa Khariah Masjid Sungai Kechil, Pejabat Adun Sungai Bakap dan Pejabat Ahli Parlimen Nibong Tebal telah memilih seramai 200 orang penerima bantuan daripada golongan yang kurang bernasib baik akan disantuni pada petang ini.

Semoga sedikit bantuan kewangan yang disalurkan ini dapat membantu meringankan kos sara hidup para penerima di bulan Ramadan ini.

Majlis Ihya Ramadan PERDA pada hari ini amat bermakna sekali, kerana ia menghubung dan merapatkan jalinan ukhuwah antara pihak PERDA bersama dengan masyarakat. Selain itu program ini merupakan satu perhimpunan yang bermakna bagi komuniti khariah Masjid Sungai Kechil, apatah lagi dengan kehadiran pemimpin utama negeri iaitu TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang kita kasihi.

Pengurusan PERDA merakamkan ucapan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, atas kesudian Tun untuk bersama-sama dengan kami dan anak-anak khariah Masjid Sungai Kechil.

Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua jabatan-jabatan kerajaan serta agensi yang membantu menjayakan majlis pada petang ini seperti MBSP, Pejabat Daerah SPS, Polis Diraja Malaysia, Bahagian Protokol Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Tadbir Agama Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah, RELA, Pusat Khidmat Adun dan Ahli Parlimen dan pihak-pihak lain.


 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.