24 Februari 2023 | PERDA Food Park
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Tasek Gelugor telah mengadakan satu sesi taklimat keselamatan kebakaran melibatkan pekerja kilang di Kompleks PERDA Food Park. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi situasi kecemasan yang berlaku di dalam kawasan ruang kerja.
Penganjuran program ini merupakan sebahagian dari tanggungjawab Pengurusan Kompleks PERDA Food Park bagi memperteguhkan pasukan yang mempunyai asas pengetahuan tentang mencegah dan mengawal kebakaran. Seramai 35 orang pegawai bertanggungjawab telah dilantik bagi mewakili setiap unit di Kompleks PERDA Food Park.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Ahmad Muhaimin bin Abdul Manaf, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor yang mewakili Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia di atas kesudian meluangkan masa bagi sesi pencerahan yang telah dianjurkan ini.
GALERI GAMBAR