Kursus Asas Pertolongan Cemas dan Pengendalian Mesin AED

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
15 - 16 November 2023  |  Midtown PERDA

PERDA mengadakan Kursus Asas Pertolongan Cemas dan Pengendalian Mesin AED pada 15-16 November 2023 bertempat di Midtown PERDA, Kubang Menerong.

Kursus Pertolongan Cemas ini adalah sebahagian aktiviti Pasukan Organisasi Keselamatan Kebakaran PERDA (OKK PERDA) bagi meningkatkan kemahiran pengendalian kes-kes kecemasan yang mungkin berlaku di tempat kerja dan kawasan awam.

Kursus yang dikendalikan oleh CERT Academy ini menawarkan pentauliahan sijil selama 3 tahun kepada semua peserta yang berjaya melepasi syarat 80% kehadiran dan lulus kesemua ujian yang telah diadakan.


Kredit Foto : Suhaidi Othman 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.