18 - 20 Ogos 2023 | Pangkor Coral Bay Resort
Bahagian Pembangunan Insan PERDA telah menganjurkan program yang disertai seramai 30 orang penyewa perumahan Taman Kuala Sungai Pinang yang juga merupakan peserta di bawah Skim Perumahan Rakyat (SPR) PERDA.
Program ini diadakan bagi memberi taklimat secara menyeluruh berkaitan kutipan sewaan, teknikal dan undang-undang mengenai skim yang dilaksanakan. Selain itu, peserta juga diterapkan nilai-nilai murni dan semangat ukhuwah melalui aktiviti yang dijalankan.
Dalam program ini juga para peserta dibawa melawat sekitar Pulau Pangkor dan berkunjung ke kilang yang diusahakan oleh usahawan tempatan.
Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Anuar bin Haji Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA.

GALERI GAMBAR