Hari Temu Duga Terbuka PERDA-TECH 2023

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
17 Jun 2023  |  Institut Kemhiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH)

Institut Kemahiran Tinggi PERDA telah menganjurkan Hari Temu Duga Terbuka PERDA-TECH 2023 yang telah diadakan pada 17 Jun 2023 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Kampus PERDA-TECH.

Hari Temu Duga Terbuka PERDA-TECH merupakan salah satu program tahunan untuk mempromosikan peluang pembelajaran di PERDA-TECH khususnya kepada pelajar lepasan SPM.

Aktiviti-Aktiviti Program:
  • Promosi dan pameran PERDA-TECH.
  • Pameran oleh agensi-agensi.
  • Sesi temu duga terbuka bagi pengambilan pelajar baharu PERDA-TECH kemasukan sesi Julai 2023.

Objektif Program:
  • Mempromosikan PERDA-TECH sebagai salah satu pusat Pendidikan TVET yang menawarkan kursus kemahiran secara percuma.
  • Mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan di PERDA-TECH.
  • Menguruskan pengambilan pelajar bagi kemasukan sesi Julai 2023 dengan mengadakan sesi temu duga terbuka bagi tapisan kemasukan pelajar ke PERDA-TECH berdasarkan kelayakan dan kuota yang telah ditetapkan.
Semoga program ini dapat menggalakkan lebih ramai pelajar lepasan SPM menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.