30 Ogos 2023 | Ibu Pejabat RISDA
Konvensyen Horizon Baharu KIK Peringkat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah berlangsung pada 30 Ogos 2023 bertempat di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat RISDA.
Dalam pertandingan ini, PERDA melalui Kumpulan P-SMART yang terdiri daripada 10 orang ahli membawa projek bertajuk Optimum Strategi Perniagaan bagi Meningkatkan Sewaan Gerai Milik PERDA. Projek ini dibangunkan bagi menambahbaik sistem perkhidmatan gerai yang dapat memudahkan pelanggan khususnya golongan B40 mengakses maklumat gerai di daerah Pulau Pinang.
Pemilihan projek ini memberikan impak yang besar dalam mencapai matlamat agensi bagi memastikan pengurusan sistem penyampaian yang lancar, sistematik dan cepat sejajar dengan cogan kata agensi iaitu 'Merealisasikan Harapan Rakyat'.

GALERI GAMBAR