Objektif Bengkel:
- Membimbing usahawan yang baru mula berniaga untuk berkembang maju tanpa kekuatan modal untuk pemasaran dan pengalaman dalam pemasaran
- Memberikan pendedahan maksima kepada usahawan tentang kelebihan dan kekuatan strategi pemasaran di marketplace dengan kos rendah dan efektif
- Memberikan kesedaran kepada usahawan supaya tidak hanya bergantung kepada satu cara & strategi sahaja
- Memberikan tunjuk ajar serta latihan teknikal secara hands-on kepada semua peserta
Seramai 38 orang usahawan menyertai bengkel tersebut yang berlangsung selama tiga hari dua malam. Bengkel dirasmikan oleh Tuan Haji Anuar Bin Haji Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA.