11 Disember 2023 | Iconic Development Sdn Bhd, Bayan Lepas
Pada 11 Disember 2023, PERDA mengadakan kunjungan ke Iconic Development Sdn Bhd yang terletak di D'piazza Mall, Bayan Lepas, Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Tan Kean Tet, Pengerusi Iconic Group & Pengarah Urusan Iconic Worldwide Berhad.
Kunjungan diketuai oleh Tuan Haji Mohd Asri Bin Baharum @ Harun, Pengurus Besar PERDA dihadiri bersama Encik Afhainizam Bin Mahamad Yusop, Pengurus Hartanah & Teknikal PERDA, Puan Yohana Binti Puteh, Pegawai Undang-Undang PERDA, Encik Muhammad Azwan Bin Zakaria, Pengurus Pelaburan PERDA, Encik Saiful Rizi Amir Bin Shaari, Pegawai Tadbir PERDA dan Cik Marlina Binti Sohaini, Penolong Pegawai Tadbir Unit Undang-Undang.
Objektif kunjungan ini menjadi satu platform kepada golongan pemaju dan industri bertukar pandangan dan idea dengan pengurusan tertinggi PERDA selain daripada menjelaskan peranan dan fungsi PERDA kepada golongan pemaju dan industri.
Kredit Foto : Saiful Rizi Amir