Majlis Perasmian Openday Agrotourism Tasek Gelugor

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
05 Ogos 2023  |  Sungai Dua

Agrotourism Tasek Gelugor merupakan usahasama oleh tiga buah koperasi nelayan dengan kerjasama PERDA serta beberapa buah agensi.

Pembangunan kawasan- kawasan ini bertujuan untuk membangunkan komuniti perniagaan bumiputera yang berdaya saing dalam industri pelancongan yang rata- ratanya diusahakan oleh penduduk setempat, terdiri daripada nelayan sungai, petani, usahawan kecil dan sederhana serta peniaga makanan.

Secara tidak langsung program Agrotourism Tasek Gelugor ini menyumbang kepada peningkatan tahap pendapatan masyarakat luar bandar dan dapat memberi saingan kepada pelancongan agro di seluruh Malaysia dengan keunikan yang tersendiri.

Pada hari ini, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah merasmikan Program Openday Agrotourism Tasek Gelugor. Turut hadir YBhg. Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin, Pengerusi PERDA, Tuan Haji Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Encik Mohd Sabri Ramly, Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti, KKDW, Ybhg. Datuk Musa Sheikh Fadzir, Pengerusi Giat Mara Malaysia dan YBhg. Dato' Haji Omar Abd Hamid, Ahli Lembaga Pengarah PERDA.

Untuk makluman Koperasi Nelayan & Komuniti Labuh Banting Pulau Pinang Berhad berjaya memperolehi anugerah Desa Lestari pada tahun 2020 bagi pelaksanaan aktiviti rekreasi RuralTourism Labuh Banting dengan peruntukan diluluskan sebanyak RM1,000,000.00 (RM 1 juta).

Di majlis yang sama, YAB Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan dua buah Catamaran Cruise yang bernilai RM 279,800.00. Ia merupakan bot pelancongan yang mampu memuatkan 12 orang penumpang pada satu- satu masa di bantu dengan enjin 60 kuasa kuda.

Diharapkan dengan pembelian dua catamaran cruise ini depat merancakkan lagi sektor pelancongan luar bandar Agro Tourism yang di uruselia oleh PERDA.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.