13 Mac 2023 | PERDA Food Park
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Tasek Gelugor telah mengadakan sesi demonstrasi dan latihan kebakaran melibatkan pekerja di Kompleks PERDA Food Park.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka agar bersiap sedia bagi segala kemungkinan yang melibatkan kecemasan di kawasan ruang kerja. Penganjuran program ini merupakan sebahagian dari tanggungjawab Pengurusan Kompleks PERDA Food Park bagi memastikan kawasan tersebut sentiasa selamat untuk beroperasi.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Ahmad Muhaimin bin Abdul Manaf, Ketua Balai dan seluruh kakitangan Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor.
GALERI GAMBAR