Majlis Cabutan Undi Penyewa Taman Kuala Sungai Pinang

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
12 Februari 2023  |  Pulau Pinang

Skim Perumahan Rakyat PERDA (SPRP)
Taman Kuala Sungai Pinang
 
Bahagian Pembangunan Insan PERDA hari ini telah melaksanakan Majlis Cabutan Undi bagi pemilihan lot rumah kepada penyewa-penyewa yang bakal mendiami rumah sewa di sini.

Rumah-rumah ini dibangunkan di bawah Projek Perumahan Sejahtera Rakyat (PPSR) dan telah siap sepenuhnya serta memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada November lalu.

Penyewa-penyewa ini terdiri daripada keluarga miskin yang telah melalui proses bancian serta temu duga sebelum diluluskan untuk menyewa rumah ini.

Hadir di majlis ini, Puan Noor Hayati Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Encik Mohd Salleh Hussain, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan dan Encik Mohd Afhainizam Mahamad Yusop, Pengurus Bahagian Hartanah dan Teknikal.

Tahniah kepada semua penerima.

 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.